SIRI WEBINAR KEUSAHAWANAN PENGAJIAN ISLAM 30 DIS. 2021

WEBINAR KEUSAHAWANAN PENGAJIAN ISLAM

‘KAYA DUNIA. JUTAWAN AKHIRAT’

Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada seluruh warga UKM. Kelab Al-Hujjah dengan kerjasama Pusat Kajian Syariah dan Bahagian Keusahawanan dan Kreativiti, Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan sebuah webinar mengikut ketetapan berikut:    

PERHATIAN! 

Ayuhh ! Ikuti kami dalam program WEBINAR KEUSAHAWANAN PENGAJIAN ISLAM: KAYA DUNIA, JUTAWAN AKHIRAT 

 Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk:-

 Memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan kelebihan dan keistimewaan keusahawanan dalam bidang pengajian Islam yang boleh diperluaskan dalam pelbagai aspek, ruang dan peluang sebagai kerjaya masa depan.

 Memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan tips dan kaedah untuk berjaya dalam perniagaan (terutama bidang pengajian Islam) bermula di kampus sehingga menjadi kerjaya sepenuh masa.

 Menginovasikan keusahawanan bidang pengajian Islam dalam mendepani keperluan, kehendak dan cabaran semasa. 

Ayuh bersama-sama kami mendengar sesi perkongsian secara santai yang diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Disember 2021

Hari: Khamis

Masa: 3.00 petang-5.30 petang

Tempat: FB Live Fakulti Pengajian Islam, UKM

Dengarkan kupasan topik ini bersama dengan:-

Moderator:

PROF. MADYA DR. SALMY EDAWATI YAACOB 

(PENOLONG DEKAN KEUSAHAWANAN DAN KREATIVITI FAKULTI PENGAJIAN ISLAM)

 Panel 1:

EN. MUHAMMAD HAZAMIN HARUN

(PENGASAS INTEAM RECORD)

 Panel 2: 

USTAZ MOHD FUAD MOHD IKHWAN

(PENGARAH URUSAN/PENGASAS BERSAMA KPLS SDN BHD)

 Panel 3: 

USTAZAH NUR IZZATI BINTI FADZLI

(PENGASAS NIFA QURAN CARE ACADEMY)

Link untuk pendaftaran dan kehadiran akan diberikan semasa program berlangsung Pastikan anda mengisi untuk mendapatkan e-sijil 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

 Jannah: https://wa.me/60132018926

 Fatin: https://wa.me/601112538693

"SYARIAH DIJULANG, UMMAH CEMERLANG"

KELAB AL-HUJJAH

PUSAT KAJIAN SYARIAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2021/2022




Comments